Login atau Daftar Bebas!
Hai Tamu
Pilih Bahasa: my En
Home

Follow Me On:

User Block
Hai Tamu
IP: 38.107.191.85

Username
Password
Pautan
srs
Who is online
US 38.107.x.x
Selamat Datang!



 
Saya berasa amat kesal dengan tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor memberhentikan kerja-kerja kontrak menaiktaraf kawasan pengairan sawah Tanjung Karang, IADA Barat Laut Selangor. Keputusan yang dibuat jelas membuktikan Kerajaan Negeri menghalang projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan.

Dua projek terbabit ialah Kerja Menaiktaraf Terusan Feeder kawasan Pengairan Tanjung Karang bernilai RM5.42 juta bertujuan untuk menaiktaraf sistem terusan pengairan untuk Skim Pengairan Tanjung Karang dengan meningkatkan keupayaan bekalan disamping meningkatkan tahap kualiti sumber air pengairan serta mengekalkan kelastarian alam sekitar dan memulihkan ekosistem semula jadi Hutan Simpan Raja Musa. Sementara itu projek membina dan menyiapkan Kolam Takungan di Skim Pengairan Tanjung Karang berharga RM25.75 juta di Sungai Karang. Projek ini bertujuan untuk menambah sumber air pengairan melalui takungan air sementara yang diambil dari terusan utama dan dibekalkan ke kawasan yang menghadapi masalah kekurangan air terutamanya semasa musim kemarau.Kawasan sawah yang terlibat adalah di Panchang Bedena dan sebahagian Bagan Terap.kedua-dua projek berkenaan adalah dibawah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut, Selangor.

Tindakan Kerajaan Negeri menghentikan kedua-dua projek tersebut boleh menjejaskan prestasi kerja projek seterusnya akan membawa kepada implikasi yang besar kepada kemajuan dan pembangunan sawah padi di kawasan Barat Laut, Selangor.

Saya difahamkan bahawa pihak IADA Barat Laut telah berhubung dengan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan memohon memasuki kawasan hutan simpan berkenaan sebelum projek itu dijalankan. Oleh kerana tiada sebarang jawapan daripada Pihak Perhutanan, IADA terpaksa meneruskan juga projek tersebut sebagaimana yang dirancang.

Saya percaya jika pihak Jabatan Hutan dan Kerajaan Negeri peka terhadap keperluan kedua-dua projek demi masa depan pembangunan sawah padi di negeri ini, mereka akan dapat menyegerakan kelulusan tersebut.

Maka dengan itu, saya berharap Kerajaan Negeri dapat memulangkan semula jentera-jentera yang disita kepada pihak kontraktor tanpa sebarang syarat dan membenarkan kerja-kerja kontrak bagi kedua-dua projek berkenaan diteruskan.

Keputusan MMKN Selangor yang bersidang pada 18 Ogos 2010 yang lalu meminta pihak IADA ataupun kontraktor membayar gantirugi RM800 ribu bagi mendapatkan semula mesin dan jentera yang disita adalah keterlaluan dan tidak masuk akal.

Bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan pada masa akan datang saya berharap agar Jabatan Perhutanan Selangor dapat menyegerakan kelulusan Permit Penggunaan kepada IADA

Dato Seri Noh Omar. 
Komentar (0)
26/08/2010 23:35 oleh admin
Sebelum Ramadhan bermula, saya bersama-sama dengan rakan didalam UMNO Selangor telah melancarkan SSDE dengan isu utama penyelewengan didalam KSSB dan juga masalah kecurian pasir.Saya mengakui ianya mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat Selangor sehinggakan kerajaan Selangor sekarang seperti cacing kepanasan.

Baru-baru ini MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah mengumumkan penubuhan skuad antirasuah pasir dengan kerjasama SPRM.Saya melihat tindakan ini adalah satu tindakan yang mengesahkan dakwaan saya bahawa penyelewengan didalam KSSB dan kecurian pasir benar-benar berlaku.Saya bukanlah mengatakan bahawa dakwaan saya sebelum ini hanyalah cerita semata-mata tetapi ini adalah satu jawapan kerana sebelum ini kerajaan negeri Selangor cuba menafikan dakwaan tersebut.

Apa yang menjadi persoalannya sekarang adakah isu pasir ini akan selesai dengan wujudnya skuad antipasir? Saya akan mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM apakah tindakan mereka seterusnya kerana UMNO Selangor telah membuat laporan polis dan juga kepada pihak SPRM terhadap isu penyelewengan ini.Adakah siasatan akan terus dilakukan walaupun SPRM sekarang mempunyai akses terhadap KSSB? UMNO Selangor berpendirian bahawa kes kecurian pasir dan penyelewengan ini wajib diteruskan siasatannya kerana ianya telah melibatkan kerugian yang banyak kepada kerajaan negeri.Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum menjawap persoalan yang saya bangkitkan kenapa ada satu syarikat diberikan kemudahan diskaun yang begitu banyak berbanding syarikat-syarikat lain.Apa tujuan diskaun tersebut diberikan kerana ianya mengakibatkan kerugian yang sangat ketara.Tan Sri Khalid Ibrahim cuba menyelesaikan masalah secara fizikal agar rakyat melihat tindakan yang mereka lakukan seolah-olah mahu menunjukkan kesungguhan mereka membendung kegiatan curi pasir tetapi bagaimana dengan penyelewengan yang rakyat tidak nampak seperti yang telah saya dedahkan tempohari.

Implikasi kepada kerugian tersebut sedikit sebanyak telah menyebabkan rakyat Selangor dinafikan hak mereka untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari segi infrastruktur, kemudahan-kemudahan awam dan sebagainya.Saya akan terus memantau perkara ini dari masa ke semasa demi memastikan rakyat tidak tertipu dengan politik Pakatan Rakyat.Bagi saya penubuhan skuad antirasuah pasir ini tidak menyelesaikan masalah tetapi mempunya agenda tersendiri didalam Pakatan Rakyat.Adakah Tan Sri Khalid Ibrahim cuba mengajar mereka-mereka yang cuba menjatuhkan kreabiliti beliau sebagai seorang Menteri Besar? Sama-sama kita fikirkan persoalan tersebut.

Pena Noh Omar
Kelana Jaya 
Komentar (0)
25/08/2010 09:38 oleh admin
« Baca berita lainnya...