We have 7 guests and no members online

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pakatan pembangkang kini berasa tertekan kerana kempen dijalankan mereka di negeri ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk sebagaimana diharapkan.
Beliau berkata keadaan itu telah mendorong pembangkang melemparkan tuduhan tidak berasas kononnya BN membeli bilik-bilik gerakan pakatan pembangkang supaya ia ditutup.
Read more: Kerajaan pembangkang tertekan kempen tiada sambutan di Selangor
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memberi jaminan akan menyelesaikan pelbagai masalah yang menyelubungi Selangor dan memastikan negeri itu terus menjadi nadi utama pembangunan negara.
Najib berkata kegagalan utama kerajaan pakatan pembangkang dalam lima tahun ini ialah mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah air yang menyebabkan rakyat sengsara selain memberi kesan dalam pembangunan Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Read more: PM jamin selesaikan pelbagai masalah di Selangor jika diberi mandat
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengundi perlu memilih parti politik yang mampu menubuhkan kerajaan yang kuat, dan yang mampu membawa kejayaan kepada negara.
Perdana Menteri berkata untuk itu, rakyat harus kembali kepada objektif utama pilihan raya umum yang bertujuan untuk menubuhkan kerajaan yang kuat.
"Kalau kita ikut perasaan, kita tumpu pada calon individu, maka kita sudah kalih daripada tujuan utama pilihan raya diadakan iaitu tidak lain tidak bukan adalah berkenaan soal masa depan negara dan anak-anak kita yang terlalu ternilai.
Persekutuan Persatuan Cina Malaysia(Huazong) mahu pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan mandat baru untuk memimpin negara bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan kukuh.
Timbalan Setiausaha Agung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Strategi Huazong, Prof Dr Chin Yew Sin berkata, semenjak Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada April 2009, beliau telah membuat perubahan berani dan inovatif untuk memastikan Malaysia mencapai wawasan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Read more: Huazong mahu pentadbiran Najib diberikan mandat baru
Pengundi perlu sedar dalam menubuhkan kerajaan pusat dan negeri, hanya parti politik yang menang kerusi majoriti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja boleh berbuat demikian dan bukannya calon.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, sehubungan itu pengundi tidak sepatutnya mengambil faktor calon sahaja dalam membuat keputusan.
Read more: PRU-13: Perlu sedar hanya parti boleh tubuh kerajaan, bukan calon
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Rabu melancarkan Manifesto Barisan Nasional untuk Selangor bertemakan 'Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran'.
Manifesto yang menjanjikan masa depan gemilang Selangor itu, menggariskan tujuh teras dan 56 aku janji kepada penduduk Selangor.
Read more: Manifesto BN Selangor Bertemakan Keamanan, Kestabilan & Kemakmuran

Manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor, mengandungi tujuh teras dan 56 akujanji yang menumpukan kepada langkah-langkah meringankan beban kewangan warga Selangor sambil meningkatkan kualiti kehidupan mereka.Tujuh teras akujanji BN Selangor itu ialah Masa Depan Lebih Cerah, Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang, Kualiti Kehidupan Lebih Selamat dan Sejahtera, Perumahan Lebih Mampu Milik, Selangor Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing, Selangor Lebih Progresif dan Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Kerajaan BN akan membantu bekas peneroka Felda Sungai Buaya menyelesaikan masalah tanah mereka yang dirampas kerajaan negeri pakatan pembangkang, jika parti gabungan itu kembali berkuasa di negeri itu. Beliau menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor sekarang sebagai kejam terhadap para penduduk terbabit.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas menyampaikan saguhati RM5,000 tiap seorang kepada 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di kampung itu, dekat sini pada Isnin.
Read more: Kembalikan Selangor Kepada BN Untuk Selesaikan Masalah Tanah Penduduk Sungai Buaya
